Usaha mencegah kemungkaran adalah kewajipan yang amat diutamakan dalam Islam. Suruhan Allah supaya menghentikan kemungkaran selalunya disebut selepas arahan melaksanakan kebaikan. Hal ini menunjukkan melakukan kebaikan semata-mata, tanpa meninggalkan segala perbuatan yang dilarang oleh agama belum mencerminkan kesempurnaan iman. Kedua-dua tuntutan ini adalah fardu kifayah yang wajib ditunaikan umat Islam.
Allah berfirman di dalam Al-Quran : Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah kepada manusia) supaya melakukan kebaikan, menyuruh berbuat baik dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Dan mereka adalah golongan umat yang berjaya. (Surah Ali Imran, ayat 104)
Ayat itu dimulakan dengan kata arahan yang memberi makna wajib ke atas semua umat Islam untuk melaksanakan perintah menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran.
Rasulullah dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud daripada Abu Said Al-Khudrhi : Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegahnya dengan tangan (kekuasaan). Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya (memberi nasihat). Jika tidak mampu juga, maka hendaklah mencegah dalam hati (tidak merestui perbuatan mungkar dan maksiat itu) dan ia adalah tahap iman yang paling lemah.
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Siapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"
(Hadis sahih riwayat Muslim)
Hukum-Hakam Berkaitan Mencegah Kemungkaran
Al-Imam Ibn Qudamah telah menyatakan empat keadaan berkaitan hukum mencegah kemungkaran:
Ketikamana seseorang itu mengetahui bahawa kemungkaran boleh dicegah dengan perkataan atau perbuatannya tanpa berlaku kemudharatan ke atasnya. Ketika ini hukumnya adalah wajib.
Ia mengetahui bahawa percakapannya itu tidak mendatangkan faedah, sekiranya ia bersuara nescaya ia akan dipukul. Maka pada ketika ini tidak wajib ke atasnya mencegah kemungkaran tersebut.
Ia mengetahui bahawa tegahannya itu tidak mendatangkan kesan dan di waktu yang sama ia tidak gentar dengan sebarang bahaya. Maka pada ketika ini, hukumnya tidak wajib tetapi sekadar mustahab (sunat) untuk tujuan menzahirkan syiar agama dan melaksanakan tugas penyampaian.
Ia mengetahui bahwa ia akan ditimpa kemudharatan sekiranya mencegah kemungkaran tersebut, namun kemungkaran itu boleh dihapuskan sekiranya ia bertindak seperti membuang arak dan ia juga mengetahui bahwa ia akan dipukul dengan tindakan tersebut. Maka ketika ini hukumnya tidak wajib tetapi hanya sekadar mustahab (sunat).
Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya : Jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.(Mukhtasor Minhaj Al-Qosidin: 132)
Namun demikian, jika semua pihak berdiam diri, tidak mahu mencegah kemungkaran maka ini akan mengundang laknat Allah. Justru itu, mestilah ada sebagian ulama yang bangun menegah kemungkaran walaupun menanggung risiko kemudharatan. Tidak sepatutnya seluruh umat berpegang dengan kaidah rukhsah (kelonggaran hukum) sebaliknya perlu ada juga di kalangan mereka yang berpegang dengan hukum asal.
"JIHAD Menegakkan TAUHID, Membela Sunnah RASUL ALLAH, Hancurkan SYIRIK, Musnahkan BID'AH, Terapkan SYARI'AT ALLAH, Berantas KEMUNGKARAN dan KEMAKSIATAN," Tegaknya AGAMA ini haruslah dengan Kitab (AL QUR'AN DAN SUNNAH) Sebagai Petunjuk dan Sebagai Penolong. Kitab menjelaskan apa-apa yang diperintahkan dan apa-apa yang dilarang ALLAH, Pedang atau Pena Sebagai pembela".(Nasehat Berharga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahumullah)
Wallahu tabaroka wa ta'ala a'lam.

رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar